Friday, September 25, 2009

Cara Buat Pencil Bait Melompat




Cemana Cara Nak Buat Pencil Bait Melompat?
Ilutrasi di atas adalah menunjukkan cara memagang joran semasa nak menggayakan pencil bait secara walk the dog ni... saya jumpa yang ni je, tapi asasnya sama untuk pengguna baitcaster ataupun spinning...Selepas gewang dibaling, kedudukan joran hendaklah secara mendatar ataupun condong ke bawah sedikit. Dengan pegangan joran seperti gambar di atas, gerakkan pergelangan tangan sahaja (tanpa pergerakan lengan) secara sisi iaitu kekiri dan kekanan tanpa henti sambil mengarau tali. Untuk permulaan, gerakkan secara perlahan dahulu dan lihat aksinya. Ini akan memberikan aksi zig-zag yang perlahan dan secara konsisten di atas permukaan air. JIka berpuashati dengan aksi tersebut, cuba tingkatkan kelajuan pergerakan, ini akan memberikan aksi yang lebih menggila dan kadang2 akan menyebabkan pencilbait melompat2 di atas air...Sebagai tambahan, terdapat banyak jenis/profil pencilbait di pasaran. Antara yang senang digayakan ialah seperti Megabass Dog-X, Dog-X Jr, Lucky Craft Sammy, Evergreen Combat Pencil, R2C pencil, Strike Pro pencil, Rapala Skitter Walk dan banyak lagi... sekian kuliah untuk hari ini, terima kasih....
Source : MFN




No comments:

Post a Comment